Panduan lengkap resepi kek Pandan kukus yang simple dan best, anda mesti cuba sekarang.
Kek Pandan Kukus |
Bahan Bahan Resepi Kek Pandan Kukus
6 biji putih telur2 cawan gula halus
6 biji kuning telur
1 cawan pati santan
1 cawan air daun pandan - perahan 6 helai daun pandan yang besar
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda
Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Pandan Kukus
- Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning telur dan pukul lagi.
- Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata.
- Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau perlahan2 sehingga sebati.
- Masukkan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu.
- Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.
- Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2 masak.
Resepi Kek Pandan
Kukus ini
dibawakan khas untuk anda oleh: UCU FARIDAH