Panduan lengkap resepi kek lapis sarawak yang simple dan best, anda mesti cuba sekarang.
Resepi Kek Lapis Sarawak |
Bahan Bahan Resepi Kek Lapis Sarawak
BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis
BAHAN B
10 biji Telur Gred A
BAHAN C
270g Tepung Hong Kong
BAHAN D
Pewarna Hijau, kuning dan merah
Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Sarawak
- Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
- Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
- Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
- Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Cara-Cara melapis:-
- Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
- Alaskan dengan kertas minyak.
- Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
- Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
- Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
- Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
- Sapu sedikit butter di atas nya.
- Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.
TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.